top of page

versi Bahasa Cina

SEJARAH SEKOLAH

 

                 Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Bintulu 2 berada di Kemena Land District, Jalan Kidurong. Asal nama SJK Chung Hua Bintulu 2 ialah SJK Chung Hua Bintulu (cawangan). Oleh sebab peningkatan penduduk di Bintulu bagai “cendawan tubuh selepas hujan”, maka pada 80an, pihak lembaga sekolah mulai memohon sekolah cawangan bagi SJK Chung Hua Bintulu. Namun, permohonan pada kali itu tidak berjaya.

Dengan melalui pelbagai usaha dan saluran, syabasnya, pada tahun 1997, Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam mengumumkan permohonan menubuhkan sekolah cawangan di bawah SJK Chung Hua Bintulu diluluskan. Lokasi SJK Chung Hua Bintulu (cawangan) terletak di lot 3524, seluas 7.1 hekta.

            Pada 7 Ogos 2000, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menyerahkan permit tanah dan kutipan wang kepada pihak lembaga sekolah. Pada 21 April 2001, Upacara Pecah Tanah diadakan telah disempurnakan oleh beliau.

            Pada 25 September 2001, Upacara Letak Batu Asas disempurnakan oleh YB Datuk Chin Fah Kui. Pada 16 April 2002, Upacara Pemasangan “Beam” disempurnakan oleh YB Datuk Sri Tiong King Sing.

            Blok A, blok B dan sebuah kantin telah siap dibina pada pertengahan tahun 2003. Kedua-dua blok bangunan ini terdiri daripada 30 buah darjah untuk murid dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.

            Pada 5 Januari 2004, SJK Chung Hua Bintulu (cawangan) mula beroperasi. Terdapat seramai 1100 orang murid berpindah dari SJK Chung Hua Bintulu. Antara murid merangkumi pelbagai bangsa. Pada tahun yang sama, lembaga sekolah telah mendirikan sebuah dewan serbaguna.

            Pada 13 Mei 2006, Upacara Perasmian Sekolah Cawangan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

            Pada tahun 2008, blok bangunan pentadbiran baru telah siap dibina. Blok bangunan pentadbiran terdiri daripada pejabat am, bilik guru, perpustakaan, bilik komputer, bilik kuliah, bilik kaunseling, bilik skim pinjaman buku teks, bilik sumber, bilik pergigian dan bilik mesyuarat.

            Pada 3 Jun 2008, YB Datuk Sri Tiong King Sing telah menjemput YB Datuk Sri Hishamuddin Bin Tun Hussein untuk melawat SJK Chung Hua Bintulu (cawangan). Pada masa yang sama, YB Datuk Sri Hishamuddin Bin Tun Hussein telah mengisytiharkan SJK Chung Hua Bintulu (cawangan) sebagai sekolah baru. Lembaga sekolah bersetuju menamakannya sebagai  SJK Chung Hua Bintulu 2.

Pada tahun 2009 SJK Chung Hua Bintulu 2 beroperasi sepenuhnya dan blok pentadbiran sekolah mula berfungsi. Pn. Kho Ken Sieok sebagai Pemangku Guru Besar  SJK Chung Hua Bintulu 2 sehingga pada 1 Mac 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menempatkan Pn. Hee Su Tshing sebagai Guru Besar pertama di SJK Chung Hua Bintulu 2 sehingga sekarang.

bottom of page